Tukar TuneTalk Sekarang

Tukar TuneTalk Sekarang

Tune Talk FAQ

FAQ Tune Talk

S: Adakah simcard TuneTalk ToneExcel ini sama dengan simcard TuneTalk RM5 di kedai-kedai?

Tidak sama. Perbezaan Simcard TuneTalk ToneExcel dengan simcard yang biasa ialah Simcard TuneTalk biasa tiada referral program di mana anda akan mendapat komisyen yang berterusan apabila memperkenalkan Simcard ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda. Komisyen tersebut adalah BERTERUSAN selagi mana simcard anda dan mereka aktif.



S: Dimana boleh dapatkan simcard ini dan berapa harganya untuk menyertai?
Dapatkannya melalui saya klik disini atau mana-mana ejen simcard ini. Harga untuk menyertainya hanyalah RM70 kos simcard dimana anda akan mendapat kredit RM38. 


Harga simcard sebelum ini adalah RM68 dan telah dinaikkan kepada RM90.


S: Bagaimana pendapat tuan, adakah perniagaan ini mempunyai peluang yang cerah?


Setiap perniagaan ada resikonya yang tersendiri, termasuk program ToneExcel ini sendiri, tiada siapa yang boleh menjamin apa-apa. Tetapi dengan beberapa data dan kajian ia akan membantu kita membuat satu keputusan yang bijak. ToneExcel bekerjasama dengan TuneTalk yang didokong oleh pengurusan AirAsia dan TuneHotel, pendapat saya ada kekuatannya disitu. Tetapi kalau ada apa-apa yang berlaku (semoga tiada) anda akan rugi, tapi anda akan rugi hanya RM70 sahaja. Itu pun dapat balik kredit topup RM38, maka anda akan rugi RM32. Saya rasa itu merupakan risiko yang paling rendah berbanding peluang menjana pendapatan yang akan kita perolehi sekiranya network kita berkembang.
Lagipun dengan pembahagian komisyen 3 peringkat itu, peringkat yang paling menguntungkan adalah di peringkat 3 (11%). Ia sekaligus memadamkan kemungkinan monopoli oleh pihak yang lebih awal menyertai dan menekankan konsep bekerjasama sesama network anda untuk menjana pendapatan. Jika anda dapat mengajak lebih dari yang sepatutnya untuk menggunakan TuneTalk-ToneExcel, berilah kepada network peringkat anda. Tak rugi pun, benda memang setiap hari guna, anda bantu rakan-rakan anda, anda juga yang dapat hasilnya.


S: Bagaimana dengan liputan signal TuneTalk ni?


TuneTalk beroperasi sebagai Mobile Virtual Network Operator (MVNO) melalui rangkaian isyarat pemancar Celcom yang meluas.


S: Apa peranan ToneExcel dan saya juga anda dalam pengembangan TuneTalk ni?


Secara mudahnya begini:
TuneTalk     - Penyedia Service dan Produk Simcard
ToneExcel   - Dilantik TuneTalk untuk strategi dan pemasaran simcard
Saya/Anda  - Pengguna/Menjual/Mengedar Simcard (seperti kedai2 topup biasa)
Pembeli       - Pengguna/Subscriber

Jadi disini, kedudukan saya dan anda bukan sahaja sebagai pengguna bahkan juga boleh sebagai pengedar dan pengembang pasaran pengguna TuneTalk dan meraih pendapatan sampingan.


S: komisyen tersebut adalah dari topup. Adakah setiap kali kita topup akan ditolak nilai?


Tidak sama sekali. Pengguna akan topup seperti biasa tiada yang kurang tiada yang ditolak secara tersembunyi. Berapa jumlah yang anda topup itulah nilai yang anda dapat. TuneTalk lah yang akan membayar komisyen kita dengan mengesan setiap tambah nilai dan geneology pemilik simcard tersebut dengan sistem ToneExcel sebagai menghargai usaha kita membantu mengembangkan sayap mereka.


S: Baik hati betul Tunetalk menawarkan peluang sebegini? Ada yang tersirat ke? 
Memang betul, ada yang tersirat! tapi bukan bermaksud yang tidak elok. Begini, saya beritahu anda. Persaingan antara syarikat telekomunikasi tanpa wayar di negara ini sangat sengit, kita telah ada Hotlink/Maxis, Digi, Celcom, Digi Happy dan Umobile. masing-masing ingin menjadi yang paling popular kerana industri telekomunikasi ini sangat menguntungkan dan lumayan buat mereka. 
Siapa yang mendominasi atau menguasai kek pasaran yang terbanyak dialah yang paling untung. Begitu juga dengan TuneTalk, mereka adalah pemain terbaru dalam industri ini dan bercita cita besar menguasainya seperti mana kejayaan AirAsia, Tune Money dan TuneHotel. Jadi untuk mencapai matlamat mereka adakah dengan hanya mengharapkan gaya pemasaran yang biasa? Sudah tentu tidak!


Jadi inilah pelan rahsia pemasaran mereka untuk menakluk industri telekom mudah alih dan menyaingi lawan mereka yang lebih senior dengan memberi peluang kepada pengguna seperti kita memasarkan produk mereka ini dan sebagai balasan, memberikan kita sedikit imbuhan (lumayan juga tu) daripada terlalu bergantung kepada pengiklanan biasa dan kedai-kedai telekomunikasi biasa. Anda untung mereka tentulah lebih untung. Mereka kaut 80% daripada topup manakala 20% lagi dibahagikan sebagai menghargai kita yang rajin bersama mengembangkan mereka.
Ini adalah peluang yang sangat jarang didapati di Malaysia bagi sektor telekomunikasi negara kita, Ingat, produk telekomunikasi ibarat goreng pisang panas. Maka rebutlah peluang ini dengan segera.


S: Kenapa saya sangat menekankan untuk menyertai program affiliate ToneExcel ini?


Pertama, anda kerja sekali berkemungkinan menjana pendapatan seumur hidup. Jual SIMKAD pada 10 orang, jadi jika 10 orang tersebut topup seumur hidup mereka, anda memperolehi komisyen seumur hidup juga, malah boleh diwariskan lagi pendapatan tersebut.
Kedua, Risiko yang rendah seperti yang saya sebutkan diatas.
Ketiga, saya tidak fikir anda rasa tertekan kerana perlu maintain setiap bulan untuk beli prepaid topup dengan jumlah minima RM40 sebulan. Kalau anda memang sudah biasa topup sebulan diantara RM50-RM100 tiap-tiap bulan, dan waktu tu anda tidak menyertai program ini lagi, saya tidak fikir setelah menyertainya, ia akan menjadi beban. Lainlah kalau anda jual produk-produk tertentu, selalu kena push downline untuk maintain setiap bulan. Silap-silap kena marah.
Keempat, dengan hanya RM70 kos simcard sangat berpatutan dengan apa yang anda dapat.


S: Program ni nampak macam sama je dengan MLM lain? Entah-entah Tipu
Ok saya beritahu anda, anda kenal TuneTalk kan? anda selalu lihat iklannya di media massa dan papan iklan kan? anda tahukan TuneTalk adalah sebuah syarikat gergasi Malaysia dan TuneTalk dan Tune Hotel adalah sebahagian daripada Konglomerat yang dimiliki oleh Air Asia dan Celcom. Malahan TuneTalk sedang dalam agenda untuk meluaskan liputan di negara-negara jiran seperti Singapura dan lain-lain. Lalu Tunetalk menjalin kerjasama dengan ToneExcel untuk melakukan strategi pemasaran produk berguna ini.

Jadi mereka mempunyai reputasi yang baik dan meyakinkan.
Lagipun adakah anda terasa rugi dengan RM32? sedangkan RM38 daripada RM70 itu adalah kredit pertama untuk Simcard anda? Dan pastinya anda akan menggunakan Simcard tersebut setiap bulan dan anda akan topup untuk kredit anda untuk bulan-bulan seterusnya kerana ia adalah keperluan komunikasi? (adakah sesiapa yang membaca laman web ini tidak memiliki handphone?)
Rugikah anda untuk mencuba dengan RM70 sahaja untuk peluang yang sebesar ini??
Satu sahaja yang saya tanya - Jika anda tidak menyertai referral ini pun setiap bulan anda kena topup juga telefon anda, anda akan kena juga membayar bil telefon anda setiap bulan dan apakah yang anda dapat darinya?
Dan dengan RM32 itulah anda mampu mengubah kehidupan anda. Ambil contoh MLM lain mereka tidak menawarkan produk yang benar-benar perlu dan berguna untuk kehidupan sekarang, jika berguna pun ia tidaklah murah, malahan ada MLM  yang siap menawarkan produk yang mahal hingga beribu-ribu ringgit yang bukan benar2 berguna pun kepada pengguna malahan menjadi bebanan pula kepada kita untuk membuat maintainen bulanan. 
Dan banyak juga MLM2 tersebut tidak mempunyai asas yang kukuh, tiba-tiba saja muncul dan menjadi sebutan padahal untuk sertai kena bayar beratus malah beribu ringgit untuk produk2 yang bukan keperluan sangat pun untuk kehidupan serta menjadi bebanan pula untuk orang lain sertai serta menimbulkan keraguan bagaimana mereka membayar bonus2 untuk downline mereka? sedangkan orang takut untuk menyertai kerana mahal dan tidak diyakini dan akhirnya cerita yang kurang elok timbul.

Tetapi TuneTalk-ToneExcel Wow Referral Program ini berbeza. Anda dapat Simcard sepertimana Simcard Maxis, Celcom atau Digi. Ia menawarkan produk/perkhidmatan yang memang anda akan gunakan serta anda akan maintain tanpa menganggap ia sebagai bebanan kerana anda berbelanja untuk topup yang akan anda gunakan juga serta pada masa yang sama anda mendapat sebahagian nilai topup dari rakan-rakan anda tersebut setiap bulan sebagai punca pendapatan yang lumayan dan mereka boleh top up dimana sahaja seperti simcard yang lain termasuk di ATM dan Online Banking.
Pembahagian 80%(TuneTalk) 20%(6%,3% dan 11% level komisyen pengedar) adalah satu perkongsian menang-menang yang bijak dan adil.Tunetalk pun tidak rugi kerana membayar sebahagian komisyen malahan akan menjadi semakin popular manakala anda juga turut mendapat ganjaran pendapatan berterusan.
Sesuatu yang adil, berguna untuk semua lapisan masyarakat, tidak membebankan dan tidak menindas sentiasa akan beroleh keputusan yang positif, IsyaAllah.Adakah cara lain yang lebih hebat dan masuk akal tanpa keraguan selain daripada ini??


S: Ambil pendirian tunggu dan lihat sajelah. Belum ada testimoni lagi dari orang yang berjaya


Ok, jika begitu saya hormati pendirian anda untuk tunggu dan lihat tapi perlu diingat untuk berjaya dalam menjana pendapatan baik MLM, internet bahkan juga untuk perniagaan biasa sekalipun, anda kena bertindak cepat. Masa itu sangat berharga kerana setiap masa yang anda lengah anda akan kehilangan bakal pelanggan anda.
Jika anda berlengah mungkin kenalan-kenalan anda telah direbut oleh rakan anda yang lain yang bertindak lebih cepat dari anda dan anda membeli pula Tunetalk-ToneExcel dari rakan anda tersebut, anda juga yang rugi.
Program affiliate ini pasti akan menjadi sebutan  tidak lama lagi kerana apabila berita ini semakin tersebar luas semakin ramai yang akan menyertainya kerana semua orang juga nak buat pendapatan tambahan yang lumayan dengan hanya memiliki dan menggunakan Prepaid Simcard TuneTalk-ToneExcel.Siapa yang lambat dan skeptik dia akan kerugian peluang yang terpampang depan mata ini.
Ya benar belum ada testimoni lagi untuk affiliate ini, kerana ia baru sahaja dilancarkan pada 5 Ogos2010 yang lalu. Ini bererti peluang kita masih terbuka luas kerana pelanggan Tunetalk biasa (bukan Tunetalk - ToneExcel) baru saja melebihi 500 ribu pengguna selepas setahun dilancarkan.
Adakah  dengan testimoni bersama kenderaan mewah menjadi bukti kepada anda sesuatu itu berhasil? sedangkan itulah resipi penipuan oleh banyak peluang perniagaan yang baru muncul. Peluang yang jujur, telus dan benar tidak akan memudarkan mata orang lain dengan bukti material (kononnya berhasil)?. Kami juga anti penipuan! dan apa yang kami tunjukkan melalui peluang TuneTalk ini adalah peluang yang tulen.

S: Adakah program ini bersifat infiniti?


Program ini tidak sepenuhnya bersifat infiniti dalam mengajak kenalan-kenalan kita untuk turut menggunakan TuneTalk-ToneExcel kerana walaupun pasaran pengguna prepaid di negara ini dalam 20juta pengguna, sudah tentulah apabila peluang ini semakin ramai orang mengambil peluang maka jumlah pengguna simcard ini akan semakin menghampiri 20 juta pengguna prepaid tersebut. Namun program ini baru sahaja dilancarkan pada 5 Ogos 2010 yang lalu dan ketika ini 30,000 simcard telah dijual oleh TuneTalk-ToneExcel.
Tentulah agak mustahil untuk anda dapat merefer sehingga 500,000 pengguna simcard ini. Jika anda dapat merefer 1000 pengguna dalam ketiga-tiga generasi level ini pun sudah cukup bagus dan berbaloi.
Pendapatan yang anda peroleh daripada referral inilah yang bersifat berterusan selagi mana pengguna simcard yang anda refer itu masih menggunakan setiap bulan dan kekal aktif.


S: Macam mana nak port- in pindahkan nombor lama saya yang cantik ke TuneTalk-Toneexcel?


Selepas anda mendapat simcard ini. Daftarkan simcard anda di website TuneTalk dahulu. Setelah anda memilih nombor kesukaan anda daftarkanya.tunetalk.com/dealer
Setelah itu baru anda boleh mendaftarkan nombor lama anda ke simcard TuneTalk ini.


S: Saya sekarang menggunakan telco H dan dapat hantar 1 sen per sms melalui Youthclub. Apa perlunya saya menyertai TuneTalk ni ?


Pakej Youthclub tersebut memang sangat baik dan saya menggalakkan anda meneruskan penggunaannya tetapi tahukah anda bahawa pakej tersebut ada had tempohnya? Ia khusus untuk para remaja dan apabila seorang pengguna YouthClub H itu telah melepasi umur remaja, pelan tersebut akan terbatal dengan sendirinya dan anda akan kembali ke pelan Basic mereka. Dan apabila sampai masa tersebut peluang anda untuk 'cover' dengan menyertai TuneTalk ini mungkin tidak secerah sekarang kerana makin ramai yang telah menyertainya.
Seperti kata orang tua-tua.... sediakan payung sebelum hujan.
Begitu juga dengan program reward yang ditawarkan oleh telco lain seperti xpax, active10 dan lain-lain. Tidak mungkin program reward tersebut mampu merangkumi semua kenalan anda. Jadi pelan anda tidak terhad kepada 8 atau 10 orang kenalan anda. Tidak perlu lagi was-was berhubung dengan sesiapa sahaja kerana rate panggilan dan sms yang berbeza.
Cadangan saya kekalkan penggunaan lama anda.Gunakan tunetalk ini sebagai no kedua anda atau no ketiga anda dan aktifkan dalam telefon bimbit yang murah sebagai sumber penjana pendapatan.
Malahan anda boleh gunakannya sebagai insurans anda jika berlaku tragedi tidak diingini. Anda dapat secara percuma


S: Setelah menyertainya apa yang perlu saya lakukan?
Lakukan teknik seperti ini:


Dapatkan beberapa keping simcard ini supaya anda mudah membuat jualan on the spot
Promosikan dan jual simcard ini kepada rakan2, kenalan atau sesiapa yang anda kenal atau sesiapa sahaja dengan alasan jika mereka tidak menggunakan simcard TuneTalk ToneExcel ini, mereka masih tetap perlu membayar bil hp atau prepaid hp mereka setiap bulan, daripada membayar tanpa apa2 hasil, lebih baik membayar bil atau prepaid dan mendapat komisyen.
Jika mereka berminat, bantu aktifkan simcard mereka (kita mengguna dealer code yang sama).
Bantu daftarkan mereka dalam affiliate ini tetapi kali ini anda perlu menukar nama penaja kepada nama anda 


S: Bagaimana pendapat tuan, adakah perniagaan ini mempunyai peluang yang cerah?

J: Setiap perniagaan ada resikonya yang tersendiri, termasuk program ToneExcel ini sendiri, tiada siapa yang boleh menjamin apa-apa. Tetapi dengan beberapa data dan kajian ia akan membantu kita membuat satu keputusan yang bijak. ToneExcel bekerjasama dengan TuneTalk yang didokong oleh pengurusan AirAsia dan TuneHotel, pendapat saya ada kekuatannya disitu.


Tetapi kalau ada apa-apa yang berlaku (semoaga tiada) anda akan rugi, tapi anda akan rugi hanya RM70 sahaja. Itu pun dapat balik kredit topup RM38, maka anda akan rugi RM32. Saya rasa itu merupakan resiko yang paling rendah berbanding peluang menjana pendapatan yang akan kita perolehi sekiranya network kita berkembang.


S: Kenapa tuan sangat menekankan untuk kami menyertai program affiliate ToneExcel ini?

J:Pertama, anda kerja sekali berkemungkinan menjana pendapatan seumur hidup. Jual SIMKAD pada 10 orang, jadi jika 10 orang tersebut topup seumur hidup mereka, anda memperolehi komisyen seumur hidup juga, malah boleh diwariskan lagi pendapatan tersebut.

Kedua, risiko yang rendah seperti yang saya sebutkan diatas.

Ketiga, saya tidak fikir anda rasa tertekan kerana perlu maintain setiap bulan untuk beli prepaid topup dengan jumlah minima RM40 sebulan. Kalau anda memang sudah biasa topup sebulan diantara RM50-RM100 tiap-tiap bulan, dan waktu tu anda tidak menyertai program ini lagi, saya tidak fikir setelah menyertainya, ia akan menjadi beban.

Lainlah kalau anda jual produk-produk tertentu, selalu kena push downline untuk maintain setiap bulan. Silap-silap kena marah.

Formula saya untuk mencari perniagaan sampingan ini cukup mudah, hanya perlu jawab soalan ini:
Jika saya menyertai satu-satu perniagaan internet MLM, dan jika saya, katalah tidak akan dapat downline seumur hidup, dan saya perlu maintain setiap bulan, adakan dengan maintain tersebut akan menjadi beban kepada saya?


Jika jawapannya TIDAK, sertai perniagaan tersebut. Jika jawapannya YA jangan sertai perniagaan tersebut. Jika kita menyertainya juga dan cuba sponsor orang lain, sebenarnya kita hanya mahu melepaskan beban tersebut kepada mereka dan kita sebenarnya tidak jujur. Pasti orang yang dibawah sekali, yang tak dapat sponsor orang lain akan menanggung beban seperti yang anda fikirkan tadi.


Adakah jika anda tidak dapat downline langsung didalam ToneExcel ini, menjadi beban kepada anda kerana terpaksa topup prepaid sebanyak RM40 setiap bulan, kalau jawapannya TIDAK, saya cadangkan anda sertai kami disini dengan segera.  

Jika YA, saya cadangkan anda jangan sertai program affiliate ToneExcel ini, dan carilah program yang lain jika anda masih ingin mencari pendapatan sampingan di internet.

No comments:

Post a Comment